SEJARAH PERKEMBANGAN DAN CABARAN RANCANGAN TV ISLAM DI MALAYSIA Megat Al-Imran Yasin, Rozalfari Md Johori & Syirfan Indra
Universiti Putra Malaysia
Abstract
Di seluruh dunia, Islam dan penganutnya terpalit dengan imej buruk hasil daripada propaganda dan pembohongan yang tidak berasas agensi media utama dunia. Fenomena ini menjadikan kehidupan umat Islam begitu mencabar kerana telah dilabel dengan pelbagai persepsi negatif yang telah didoktrinkan oleh media Barat. Sebagai suatu langkah penjernihan maklumat, media Islam harus menjadi wadah dalam mempromosi Islam yang sebenar dan dalam masa yang sama menangkis propaganda Barat yang menuduh Islam sebagai agama pengganas, menindas wanita dan menyebabkan menganutnya mundur. Catatan menunjukkan bahawa masyarakat Islam di rantau ini sangat erat dengan media sejak zaman-berzaman Di Malaysia, media lahir dalam pelbagai bentuk bagi tujuan hiburan dan menyampaikan mesej yang mana berevolusi daripada media warisan (wayang kulit), media cetak (akhbar, buku, majalah), media elektronik (TV dan radio) sehinggalah media baru (internet). Malah kandungan media yang dekat dengan hati nurani masyarakat adalah berdasarkan acuan sosio budaya tempatan. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia telah mengambil tindakan yang tersusun dan holistik dalam memastikan keberadaan media Islam membantu kepada matlamat utamanya. Terdapat empat era penting sepanjang perkembangan rancangan TV Islam di Malaysia. Era-era inilah yang kemudian membentuk saluran dan televisyen Islam di Malaysia. TV Islam mempunyai matlamat yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Kandungan TV Islam tidak mementingkan rating. Ia berfungsi untuk menyampaikan kebenaran yang hakiki, mendidik, membentuk minda dan sikap sepertimana tuntutan Islam. Dalam masa yang sama, penerbit juga menghadapi cabaran tersendiri dalam menerbitkan program TV yang islam tersebut.
Keywords: Media Islam, Perkembangan, Cabaran, TV Islam
Topic: Halal Lifestyle, Fashion, Travel and Tourism
If your conference is listed in our system, please put our logo somewhere in your website.
Simply copy-paste the HTML code below to your website (ask your web admin):